Kaedah menjawab soalan Undang-undang KPSL

Soalan 1

(a) Haris seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorang warganegara British di United Kingdom pada tahun 1990. Berdasarkan kepada perlembangaan persekutuan, bolehkah isteri Haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh isterinya?
(6 markah)

Jawapan

Boleh. 
Dengan syarat :-
i) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh 2 tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
ii) Katie berkelaluan baik 

Ini merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 15 Fasal (1)(a) dan (b).

atau

Merujuk kepada  Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 15 Fasal (1)(a) dan (b), Katie boleh memohon untuk menjadi warganegara malaysia dengan syarat :-
i) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh 2 tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
ii) Katie berkelaluan baik 


(b) sekiranya permohonan Katie untuk menjadi warganegara Malaysia diluluskan oelh kerajaan Persekutun, bilakah Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia?
(5 markah)

Jawapan

Merujuk kepada Perlembangaan Persekutusn, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1), Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

c) bilakah secara rasminya katie boleh menjadi warganegara dengan cara pendaftaran?
(5 markah)

Jawapan

Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3), Secara rasminya Katie boleh menjadi warganegara Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemian itu.


d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah memperolehi kewarganegaraan Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001. Selepas memperolehi kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan tidak kembali ke Malaysia sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya, tiada sebarang berita diperolehi daripada beliau. Adakah kerajaan persekutuan boleh dan mempunyai sebarang peruntukan untuk melucutkan kewarganegaraan beliau di bawah perlembagaan persekutuan?
(5 markah)

Jawapan

Boleh
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2)(a) dan (b) yang menyatakan bahawa .........

e) Atas permintaan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah kerajaan negeri yang telah dirizabkan sebelum itu bagi maksud kegunaan kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan telah diminta oleh kerajaan negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu. Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium tanah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada negeri Selangor.
(5 markah)

Jawapan

Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan -
(a) ...
(b) ...

Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 Fasal (2)(a) dan (b)



2 ulasan:

Syafiq Muhammad berkata...

ASSALAMUALAIKUM , DENGAN SUKACITANYA DIMAKLUMKAN DISINI ADA G.A TERBESAR MEI, MEMANG AWESOME . HADIAH TOP REFERRAL SEHINGGA RM150.++ . JOM JOM . ADA BANYAK LAGI HADIAH . ANDA DI TAG #429.
LINK TAGGING SILA KLIK SINI
LINK GA SILA KLIK SINI

ros_reeza berkata...

thanx akak Aisyah..

 
Copyright 2014 | Blog Aishah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.